
Pelajar-pelajar di SRITI TOK GURU mempunyai 2 sesi waktu rehat bagi memberi peluang kepada semua pelajar makan di kantin dengan selesa.
Jika tidak dilakukan sedemikian, mereka semua terpaksa berhimpit-himpit dalam ruang yang sempit dan terhad.
Ini kerana kawasan kantin lama tidak mampu untuk menampung keseluruhan pelajar dalam satu-satu masa.
Gambar 1&2: Pelajar-pelajar ini terpaksa bersempit-sempit ketika makan.
Gambar 3: Pelajar-pelajar sedang beratur menunggu giliran untuk makan.
PROGRESS TERKINI
Pembinaan kantin tiga tingkat ini baru sahaja mencapai 10% kemajuan.
Pihak SRITI TOK GURU masih lagi memerlukan keprihatinan tuan puan untuk melengkapkan pembinaan kantin ini.
Kasihanilah nasib pelajar-pelajar di sini. Bayangkan, bilangan pelajar SRITI TOK GURU sahaja sudah mencecah 237 orang.
Mereka terpaksa menumpang dan bersesak-sesak dengan pelajar dari sekolah bersebelahan yang hampir mencecah 500 orang pelajar demi menghilangkan dahaga dan lapar mereka.
Gambar 4: Tapak dan pemasangan beam sedang dijalankan.
KAEDAH MENYUMBANG
Pihak kami telah menyediakan beberapa pakej bagi memudahkan urusan tuan/puan berinfak untuk kempen pembinaan kantin SRITI TOK GURU. Tuan puan hanya perlu memilih pakej yang tersedia di bawah.
Ataupun, sekiranya tuan puan ingin membuat sumbangan secara manual/ bank transfer/CDM boleh ke akaun berikut:
Sila letakkan reference "KANTINSRITI" untuk memudahkan pihak kami mengesan dana infak yang telah disumbangkan.
Ayuh gandakan amalan di bulan Ramadan ini demi membantu pelajar-pelajar di SRITI TOK GURU. Setiap huluran yang diberikan oleh tuan/puan akan dibalas dengan ganjaran yang istimewa olehNya di dunia & akhirat kelak.
Maklumat tambahan:
1. Bagi pembayaran menggunakan menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEM SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM 1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60146308171 (Wakil Pihak Pengurusan SRITI Tok Guru)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.